TSUT-Set Lengkap Pengurusan Uri dengan Tembikar
Vendor: Madison Kids
Tungbayee Set Lengkap Pengurusan Uri Tembikar
Mudah!
Ringkas!
Lengkap!
Tungbayee Set Pengurusan Uri Tembikar mengandungi:
1) Periuk tanah - digunakan utk mengisi uri yang telah dibasuh bersih. Dimasukkan ke dalam bekas utk mengelakkan daripada bau uri (bau darah) dapat dihidu dan dimakan oleh binatang.
2) Sarung tangan latex - dipakai ketika membersihkan darah pada uri bayi. Ia dapat mengelakkan supaya bau darah tidak melekat pada tgn.
3) 2pcs Kain putih - digunakan utk mengisi uri yang telah dibasuh, sebelum diisi ke dalam periuk tanah dan membalut periuk tanah menggunakan kain putih dan getah yang disediakan.
4) Asam keping - ia digunakan utk menghilangkan bau hanyir darah dan memudahkan untuk membasuh uri.
5) Garam kasar - ia digunakan utk menghilangkan bau hanyir darah dan memudahkan untuk membasuh uri.
6) Asam keping - ia digunakan utk dibungkus bersama uri yang telah dibasuh untuk mengelakkan uri berbau busuk
**Tidak digalakkan utk menutup periuk tanah (kecuali dengan kain) kerana dikhuatiri uri akan membusuk.**
Kenapa perlu menguruskan uri dengan sempurna?
1) Menurut JAKIM, hukum menanam uri adalah HARUS.
2) Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
3) Uri adalah suci dan dengan itu tidak boleh dijual mahupun dibakar.
Cara mencuci dan menanam uri:
1. Anda boleh menyimpan uri didalam peti sejuk terlebih dahulu sekiranya tidak boleh basuh terus. Kalau ada kelapangan masa, digalakkan basuh terus uri tersebut dikhuatiri berbau busuk
2. Mulakan dengan Bismillah. Pakai sarung tangan latex dan apron yang telah diberikan. Bersihkan uri dengan air bersih. Buang segala darah yang masih melekat pada uri. Basuh dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.
3. Setelah bersih dibasuh, bungkus uri yang telah ditabur bersama dengan asam keping dengan kain putih dan letakkan di dalam bekas atau periuk tanah agar air tidak menitik. Balut bekas atau periuk tanah tersebut dengan kain putih yg telah diberikan
4. Cangkul tanah sedalam yang mungkin agar haiwan tidak dapat menghidu bau uri setelah ditanam.
5. Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus tanah tersebut. Tidak perlu menghadap kiblat, baca mentera atau apa-apa ritual sewaktu menanam uri. Cukup sekadar bacaan Bismillah dan selawat.
Di dalam kotak Set Pengurusan Uri Tungbayee terdapat risalah mengenai langkah-langkah penggunaan dan cara pengurusan uri